Friday, December 24, 2010

Hari Keputusan PMR 2010

Staf bertugas menampal keputusan keseluruhan PMR 2010

Ibubapa dan pelajar berpusu-pusu melihat keputusan yang telah di pamerkan

Pelajar cemerlang mendapat ucapan tahniah daripada ibubapa

Pelajar cemerlang mendapat ucapan tahniah daripada ibubapa

Pelajar menyampaikan khabar gembira kepada ibubapa dan saudara-mara

Wajah-wajah gembira pelajar yang mendapat keputusan cemerlang

Wajah-wajah gembira pelajar yang mendapat keputusan cemerlang

Pelajar mendapat slip keputusan daripada guru kelas masing-masing

Ibubapa melihat keputusan PMR yang dipamerkan 

Ucapan tahniah daripada ibubapa kepada pihak MRSM Kuala Klawang yang diwakili oleh TP HEP


Tahniah dan Syabas atas kejayaan MRSM Kuala Klawang memperolehi keputusan Cemerlang serta Berjaya mencipta rekod pencapaian tertinggi, mendapat keseluruhan subjek "A" (79.90%) pada tahun 2011.

Sesungguhnya kejayaan MRSM Kuala Klawang mendapat 1.04 adalah amat membanggakan kita semua dan seterusnya menaikkan imej MRSM Kuala Klawang. Usaha yang tidak mengenal erti jemu dan komitmen yang padu para pelajar serta guru telah memungkinkan kita mencapai kejayaan ini.

Semoga kejayaan ini dapat dipertingkatkan lagi bagi memastikan hasrat kita menjadi terbaik dalam PMR 2011 menjadi kenyataan. Insya-Allah

Monday, December 20, 2010

Hari Keluarga

 Pendaftaran peserta dan sarapan pagi


 Sesi pengenalan dengan pihak keluarga

Permainan yang dijalankan untuk guru dan staf

Permainan yang dijalankan untuk guru dan staf

Antara permainan untuk kanak-kanak

Hadiah di sampaikan kepada para pemenang

Makan tengah hari

Hari Keluarga MRSM Kuala Klawang telah di adakan pada 14 November 2010 bertempat di Taman Rekreasi Seremban. Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi. Selepas sesi pendaftaran, sesi suaikenal ahli keluarga yang terpilih diadakan bertujuan untuk memperkenalkan anggota keluarga. Seterusnya permainan untuk acara dewasa dan kanak-kanak dijalankan. Acara dewasa ialah pancing botol, bowling buah kelapa, ikan kaki berpasangan sambil membawa bola pingpong, jauh tapi sayang dan acara mencari harta karun. Acara kanak-kanak pula ialah rebut gula-gila, susun puzzle, musical chair dan berjalan membawa buku di atas kepala. Seterusnya di sampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Monday, December 13, 2010

Hari Inovasi

sesi pendaftaran peserta

ketibaan VIP dan penceramah di sambut oleh para guru dan staf

nyanyian lagu Negaraku dan lagu MARA

para peserta sedang mendengar ceramah yang di sampaikan

aktiviti yang dijalankan semasa ceramah

penyampaian cenderamata kepada penceramah

sesi bergambar para penerima anugerah bersama VIP

meja makan VIP

para guru dan staf mengambil makanan yang di sediakan


Hari Inovasi MRSM Kuala Klawang 2010 telah di adakan di GSV, Port Dickson dengan di rasmikan oleh Tn. Hj. Arshad bin Omar, Timbalan Pengarah 1, BPL(M) bertarikh 12 November 2010.